Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

~~PENAWAR HATI~~

“Ya Allah, ketika diri ini dilambung onak kesusahan dan kesempitan, kau lapangkan dan tabahkanlah hati ini menghadapinya. Janganlah Engkau jadikan diriku ini hambaMu yang berpaling dariMu ketika saat Kau menguji diri ini.Ya Allah, kau berikanlah kekuatan dan kurniakanlah kesabaran di jalanMu.”

Seeru ‘ala Barakatillah.

Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

DIKURNIAKAN SEORANG KAKAK BARU

DIKURNIAKAN SEORANG “KAKAK” BARU

“Kakak” baru..??huhu..mesti tertanya-tanya kan..saya ini sudah anak sulung…mana la tetibe muncul “kakak” baru..

(p/s: kepada kakak ku HUSNA BINTI JUSOH..jangan jeles ea..adik tahu,mesti akak tengah membaca blog adik nie..adik cume nak cerita keadaan adik sekarang..pabila memasuki semester baru nie..adik sedang bersama dengan siapa sekarang…akak baca ea..^_^ )

Tidak lain tidak bukan..mesti ler akak angkat..saya akui,saya ni ramai sangat akak angkat..ada yang jauh..dekat..yang selalu berhubung..tidak kerap berhubung pon ada..
Haa..berbalik pada dikurniakan seorang “kakak’’ baru nie..pada 20/12/2010 baru-baru inie..sorang akak nie telah mendaftarkan dirinya masok KE KUIN..alangkah gembiranya saya,bila akak ini memberitahu dia akan sambung belajar di KEDAH..akak baru,sebelum nie pernah belajar di MESIR..jurusan medik..sekarang umur 22tahun,sudah berkahwin.
Sebelum hendak memasuki alam belajar ke tempat baru,akak nie mintak cari kan rumah sewa…ntah macam mana,nasib menyebelahinya..saya mengajak akak baru duduk bersama saya..mungkin rezekinya..tuahnya..dari alam perkahwinan nya..
semester baru kali ni,umi memujuk saya supaya duduk kembali di rumah opah di TAMAN WIRA MERGONG..risau akan keadaan saya,yang sering berulang alik dari changlun ke alor star selama sejam perjalanan menaiki motosikal.jauh bukan?hee..setelah berfikir dan ingin mengambil hati umi tersayang,saya mengikuti cakap nya..syarat yang ku berikan,saya hendak bawa kawan duduk bersama saya kali nie..tidak mahu duduk seorang diri seperti dulu..bukan tidak berani,tapi ntah mengapa..saya perlukan teman berbicara..
akhirnya,atas perbincangan umi dan abi..mereka membenarkan akak baru nie duduk bersama saya..gembiranya saya..^_^ sepanjang membincangkan dengan akak baru tentang mengajak duduk di rumah opah..pelbagai ragam jugak la saya terima dari suami,keluarga mertuanya..fuh! dugaan..hee..tapi tidak mengapalah..terima seadanya..lain orang,lain ragamnya..saya pulak,tidak pernah lagi mengenalinya apatah lagi melihatnya..umi,adik-adik semua hairan dengan sikap saya..mudah saja berbuat baik pada orang yang belum pernah melihat,berjumpa..mereka semua menyuruh saya berhati-hati..ntah la..naluri saya mengatakan,akak baru nie baik..tidak seperti orang lain yang suka mengambil kesempatan terhadap sikap prihatin saya..mungkin,saya tidak pernah ada seorang akak..begini lah jadinya..mungkin…! sy memberitahu kepada akak baru,aggap lah keluarga saya,keluarga akak..kiranya,keluarga angkat lah..
Sebelum ini,kami hanya rapat melalui chatting,call,mesg-mesg ja.tidak pernah langsung bertemu muka…gaya nya,macam udah kenal lama saja..segala masalah-masalah yang saya hadapi..akak ini la tempt saya mengadu..bertanya kan pendapat..saling meluahkan..Sejak kakak saya ini duduk bersama saya di satu bilik..bermula sini lah,kami mula saling-saling mengenali antara satu sama lain..berkongsi masalah..bercerita pengalaman hidup..dan pelbagai lagi..



Suatu hari,saya menangis teruk hampir demam atas berita pengkhianat seorang lelaki pada saya..JAHAT sekali!!! Akak baru nie,memujuk saya..sambil itu,akak nie menyuruh saya menangis di atas ribaan nya..syahdu,terharunya saya di atas pujukan nasihat yang akak lakukan..pelbagai nasihat demi nasihat akak baru beri..air mata saya mengalir saja tanpa henti..haish!! menangis lagi..??hurmm… sampailah keesokan nya..lepas solat subuh..saya menangis lagi..bengkak terok mata saya..apa la nasib yang saya terima..LELAKI PENGKHIANAT!!!!!!!!!!!!!!!
ALLAH…Astagfirullah….tidak mengapa lah siti solehah…pasti kebahagian akan jadi milik mu suatu hari nanti..insyaALLAH..mudahan..ingat!!yang JAHAT,pasti akan terima pembalasan suatu hari nanti..mungkin tidak sekarang,mungkin lambat atau cepat..hidup tak akan aman aih dok buat khianat org macam nih..
Akak baru nie la tempat meluah,mengadu..dan semua lah…kami membeli belah bersama..memasak bersama..mengemas bersama..bergurau senda bersama..semuanya bersama lah..moga,kehidupan saya selepas ini,akan bertambah ceria dan lebih baik..mudahan..
Akak nie sekarang,tengah menanti,menunggu kedatangan cahaya mata dalam hidupnya..kekadang,akak baru nie menangis juga bila tengok kawan-kawannya semua nya sudah memiliki anak..tertanya-tanya bila hendak dapatkan anak..saya yang paling hampir dengannya sekarang..akan menasihati apa yang sepatutnya..mungkin tidak ada rezeki lagi..mungkin ALLAH tahu akak tidak mampu memikulnya buat masa sekarang atau sebaliknya..begitu lah kami,saling-saling menasihati,meluah bersama..haa..sekarang kan..akak baru nie kerap-kerap pening aja..dan tanda-tanda yang lain..ntah-ntah ada tanda??hee..kawan-kawan yang baca blog saya nie,doakan akak baru saya nie memiliki anak ea dan diberi kesihatan yang baik..buat masa sekarang,akak baru tidak mahu berjumpa doctor untuk cek kesihatan..dia tidak mahu kecewa jika keputusannya negative..dua kali dah keguguran..tapi,apa-apa pun,saya akan jaga akak sebaik mungkin..saya akan anggap akak sudah berbadan dua walaupun tidak tahu keputusannya apa..
Di samping mengimpikan seorang anak hadir dalam perkahwinan nya..akak baru,sentiasa,selalu merindui suami nya nun jauh diperantauan..di mesir..sedang menamatkan tahun akhir…sedih,seksa jiwa,batin akak saya nie..hee..saya yang tengok pun sedih jugak..huhu..akak baru nie,sentiasa menantikan panggilan dari suaminya..buka laptop,terus online..dan terus menanti…huhu..cian akak baru saya nie..kekadang,cemburu juga saya tengok akak baru nie bersama suaminya bila saling-saling bersembang dan berwebcam..suami nya teramat baik..akak baru selalu gak menceritakan kebaikan suaminya..walaupun akak baru tidak menceritakan,saya sudah tahu bagaimana sifat suaminya itu..segala-galanya yang diorang buat,halal dan bertambah pahala…saya yang duduk disebelah akak baru pun,macam tidak sabar la pulak..hihi..haish!! ngarut lak saya nie..calon pun sudah tiada..mimpi lak..huhu..
Apepun,saya gembira dengan kehidupan semester baru..moga tiada lagi orang-orang JAHAT yang muncul dalam hidup saya..gembira dengan kehadiran seorang “kakak” baru..saaayag akak sha..huhu..

Nama akak baru yang saya maksudkan bernama Sharifah syaeirah binti syed safian..sedapkan namanya..??ingin mengenali atau melihatnya..ziarah lah blognya, http://syaeirah.blogspot.com/

-SITI SOLEHAH BINTI ZAIMI AZLAN-

Read more: Tutorial...(Auto Read more Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

Selasa, 28 Disember 2010

SELAMAT TINGGAL TAHUN KESEDIHAN.

SELAMAT TINGGAL TAHUN KESEDIHAN..





Tahun ini,2009..tahun kesedihan buat aku..boleh di katakan,hidup ku tak kan terlepas dari kesedihan..ada aja cabaran buat diriku..sejak sekolah menengah lagi…agaknya,bila hari yang bahagia buat diriku ya..betul lah kata ustaz ku,”kekadang kita perlu mengorbankan impian sendiri demi mendapat kebahagian yang hakiki..”

Sejak kaki ku memasuki alam Universiti tahun 2008..cabaran demi cabaran datang bertimpa-timpa tanpa henti terhadap diriku..umi,adik2,kawan2 ku lah tempat ngadu,tidak terkecuali juga pada cinta ku awal dan akhir iaitu ALLAH SWT.

Cabaran,halangan,dugaan,ujian datang tanpa henti terhadap diriku..
Astagfirullah al azim..kadang2,aku bermonolog dengan diri sendiri..adakah tidak akan ada kebahagian,kegembiraan yang akan ku kecapi selama masih hidup..dan pelbagai lagi soalan demi soalan berkeceramuk dalam kotak fikiran ku..hanya air mata demi air mata mengalir tiap kali hati ini di sakiti,terguris,terasa@apa saja yang buat hati ku merasa pilu,sebak…ah!air mata,kau teman yang cukup sebati dalam diri ku tika susah,senang…
Aku..hampir anti sang adam setelah pelbagai pengalaman telah ku terokai,alami..hingga lah muncul seorang hamba ALLAH ini pada bulan 4 2009,bekas pelajar tahfiz..sekarang jurusan usuluddin telah menolong ku..membuang sifat “anti” ku..syukur,alhamdulillah..aku pujuk hati ku,bahawa ada lagi sang adam yang lain,yang baik,yang tidak seperti ku bayangkan…dia..insan yang teraamat istimewa dalam hidupku.dia juga,ciri2 suami yang ku cari2 kan selama ini…akhirnya,ketemu jua…^_^

Hari demi hari,perkenalan ku dengan nya menimbul satu perasaan yang lain..ahh!!HATI..senang saja kau serahkan…sampailah hubungan serius ku dengannya hampir sebulan lebih,kami nekad hendak berkahwin..tidak mahu terus-terusan lama2 tanpa hubungan yang sah..bunyi terlalu awal bukan??haha…lucu juga bila fikir-fikirkan kembali..tapi,kami tidak hendak membuat keputusan terburu2 hanya ikut hawa nafsu semata-mata atau sebaliknya..masing2 berdoa,mohon petunjuk…alhamdulillah..kami berdua dapat jawapan yang cukup buat hati kami di buai angan-angan seketika..hehe...lagi membuat hati ku gembira,iaitu umi,abi ku benarkan ku berkahwin pada usia awal dan masih belajar..terharu sekali aku di buatnya..bagaikan tidak percaya!mana umi,abi ku yang berpegang teguh untuk tidak membenarkan anak2nya berkahwin awal,tambahan pula masih belajar..mungkin berkat kesungguhan doa antara kami berdua..subhanallah…
Sang adam!kau..janji demi janji telah ku terima darinya..perancangan demi perancangan telah kami buat dengan teliti sekali..bagaikan tidak sabar hendak hidup bersama.. tetapi,disebalik kegembiraan..ujian yang berat buat kami…ibu bapa nya tidak benarkan bernikah semasa masih belajar dan belum bekerja..allah…sedih,punah sekali impian,angan2 kami…pelbagai usaha demi usaha dilakukan,tetapi masih tidak dapat di teruskan niat kami..seeediiih nyaaaa…
Bulan demi bulan..perhubungan dengannya hampir lah setahun..pelbagai lah ujian datang tanpa henti..TETAPI…tanpa ku duga…tiada ribut,tiada apa-apa…dia…mintak putuskan hubungan secara drastic!! Siapa yang tidak sedih akan perpisahan bukan..??kata nya,nak jaga pergaulan,jaga hati dan pelbagai lagi lah alasannya..buang lah segala yang boleh menghubungkan kami(ym,fb,email..)..mulanya,aku setuju..tidak terfikir apa2..hingga dia menyuruhku setia,tunggu kedatangannya masok meminang ke rumah ku bila tiba masanya… setelah perpisahan tersebut,air mata tanpa henti mengalir..hidup ku jadi tidak keruan..pelajaran terganggu..hafalan entah kemana..semangat belajar hilang…aku bagaikan orang yang putus asa!!teruknya diriku ketika itu…TEROK!!!!!!! 

Ntah mana aku yang tabah,kuat dulu…hanya ALLAH saja yang tahu ape yang aku lalui,rasakan… tahu nangis ja..kejap-kejap menangis..haish…!!tah la…air mata ku terus mengalir aja..tanpa reti erti penat…kadang-kadang kasihan juga pada mataku..bila masanya hendak berhenti dan berehat…. Bila dah stabil cikit,aku mengatakan pada diri..mengapa perlu menangis,padahal hanya putus berhubung..nanti dia akan datang la masok minang..ape lah kau ni…haha… TETAPI…..
Suatu ketika…aku dapat khabar…dirinya seperti itu,ini…(tak sanggup ku katakan di sini..) ya ALLAH..cubaan apa lagi yang kau berikan padaku….mana kejujuran,kesetiaan,JANJI-JANJI nya…MANA?????????


“Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.”


“Sesungguhnya jiwa yang terLUKA kErAnA terMAKAN jAnji lEbih dalam lukanya.BukAn kErAnA ketidksetiaan,tEtApi pengKHIANATan ke atAs jAnji2 yANg dibuat.SyaitAn itu pengKHIANAT&amat suka mENdorong mAnusia mengKHIANAT jAnji2..”

Allah…astagfirullah…apa lah nasibku..di janji kan untuk bernikah bukan perkara biasa..bukan barang mainan..tetapi..tergamak kan dirinya…
Tidak lama selepas itu..aku..dikejutkan pula,muncul sorang sang hawa..perkenalan pada mulanya baik2 aja..makin lama,aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada “kebaikan” yang ditonjolkan…ahh!manusia..bertalam dua muka..bijak sekali..ntah la..sejak kemunculannya..selama hampir 6bulan gangguan demi gangguan dari segi mental,jiwa aku terus-terusan hingga ke final exam aku…allah…paling aku sedih,terganggu..sang hawa tersebut merayu-rayu,merintih gamaknya seperti orang kematian suami aja..mintak lupakan sang adam tersebut!!?katanya,tidak lama lagi mereka akan bernikah…????????hehe…lucu… erkkk…lantak korang lah..apa nak jadi..dah dapat kan cara penipuan,kotor..teruskan lah usaha korang…hihi…


study,hafalan ku betul-betul terganggu!!!!..syukur..berkat nasihat,kata-kata semangat dari kawan-kawan..akhirnya,berjaya juga aku habiskan paper yang terakhir..alhamdulillah,aku dapat jawab dengan sebaik mungkin..syukur pada mu ya ALLAH…

(aku thu ALLAH MAHA ADIL..dan..org sedemikian tak akan dapat lari dari balasanNYA..mungkin dia akan sedar,kalau ape dia buat pada diri ini,terkena pada anak perempuan dia nanti@adik dia..ku tak akan dendam,akan cube redha..tapi dgn kianat,penipuan,munafik yang dia buat..hanya ALLAH saja yg tahu..dengan memburuk-burukkan nama ku..dan pelbagai lagi yg lain..walaupon dia dah sedar,insaf..tapi balasan dariNYA pasti akan datang..ni bukan doa!!..tapi reality yang aku lihat sendiri..-HATI YG BETUL2 REMUK,HANCUR..dan..tak mampu ku kata ape2 lagi..terlalu perit…(hati,perasaan aku terhadap pernikahan,dah hilang nafsu,gara2 ape yg dia buat!!..sebab aku mintak padaNYA,tutupkan hati ku untuk tidak fikir,rasa tentang nikah selagi ALLAH tidak sediakan yang betul-betul terbaik pada diri&kehidupan aku)..

“Ciri-ciri orang MUNAFIK itu ada TIGA,bila BICARA ia berDUSTA..bila berJANJI ia mengINGKARI..dan bila diPERCAYAI ia mengKHIANATi. --Hadis Riwayat Muslim.”

Setelah bermacam2 jadi pada ku..umi,org yang aamat aku sayangi..kasihi..dia la insan yang sering ku luah perasaan,bercerita apa jua antara kisah sedih begitu juga gembira..saayang umi..pelbagai nasihat,kata-kata semangat umi sentiasa beri padaku.. ada suatu ketika,tanpa di duga..umi telah belikan senaskah buku pada ku..terharu sekali apabila aku melihat tajuk muka depan buku tersebut…


TERIMA KASIH UMI KU SYG..belikan buku nie pada ku..terharu sekali aku..terharu sangat..di saat sedih,sunyi seketika..akan ku buka,baca..semangat demi semangat datang padaku..syukur..insyaALLAH..akan ku jadi orang yang tabah,kuat,cekal,sabar!!ramai kawan-kawan kata aku tabah,kuat,betul kah..??huhu..
SITI SOLEHAH…moga..kehidupan kau lebih baik dari hari-hari sebelum ini..tiada lagi kesedihan berkenaan masalah hati…moga kau kuat,tabah,cekal,sabar hadapi tiap ujian yang datang dalam hidupmu..insyaALLAH,akan ku ubahnya dari yang lebih baik..yang
TERBAIK..mudahan..dipermudahkan.. 




Semester 6,tahun 3..aku nak kan yang terBAIK untuk diriku..dari segi hafalan quran ku..kuliah ku..aktiviti ku..kesihatan ku…kehidupan ku..aku BENCI pada siapa yang tidak jaga perasaan,hati ku..SOLEHAH PASTI

BOLEH..!! ALLAH KAN ADA



(..WANITA LEBIH BAIK DAN UNGGUL DARI LELAKI DALM SOAL CINTA.WANITA LEBIH MENDALAM CINTANYA DARI LELAKI,LEBIH IKHLAS DALAM CINTA DAN LEBIH BESAR PENGORBANANNYA DEMI CINTA.WANITA JUGA BANYAK MENANGGUNG PENDERITAAN DALAM CINTA BERBANDING LELAKI..)

“Tadbirlah FIKIR dengan ZIKIR..tadbir ZIKIR dengan AMAL..tadbir AMAL dengan ZUHUD..tadbir ZUHUD dengan REDHA..tadbir REDHA dengan SYUKUR..dan..tadbir SYUKUR dengan SABAR.”


-SITI SOLEHAH BINTI ZAIMI AZLAN-






Read more: Tutorial...(Auto Read more Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

SEMESTER BARU,AZAM BARU.


Pada 26/12..hari pendaftaran untuk semua pelajar senior KUIN..termasok aku yang akan memasuki semester 6 tahun 3..bagaikan tidak percaya..aku sudah mencapai ke tahun akhir..tinggal lagi setahun iaitu 2012 aku akan menamatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian..insyaALLAH..mudahan..akan ku berusaha sebaik mungkin..
Minggu ini..seperti biasa..pelajar-pelajar akan serabut dengan daftar madah..termasok aku..bagaikan apa ja..tah bila nAk maju pentadbiran ni..dengan tak dapat print madah…segalanya tertangguh akibat tak daftar lagi..sepatotnya sudah mula kuliah untuk semua pelajar minggu nie..tetapi,dengan pelajar tidak ramai menghadirkan diri lagi..hurm..dan pelbagai lagi yang lain-lain..tergendala..selalunya,minggu depan baru mula selesai semuanya..benarkah?tidak mengapa lah..

Makin naik semester,makin mencabar madah-madah yang akan aku pelajari..selepas ini,akan mula lah busy dengan tugasan kuliahjawatan-jawatan yang di sandang..tasmik(hafalan) al-quran untuk juzuk 6..dan pelbagai lagi..mudahan..akan dipermudahkan segalanya..
HIFZ AL-QURAN 3           (1JAM KREDIT)
AL-FIQH 3                    (3JAM KREDIT)
AL-FIQH AL-MUQARAN 3  (3JAM KREDIT)
QA’AH AL-BATH 1           (3JAM KREDIT)
PENGAJIAN ISLAM          (3JAM KREDIT)
‘ULUM AL-HADITH           (2JAM KREDIT)

KESELURUHAN: 15JAM KREDIT


Nie lah madah-madah yang akan aku pelajari semester ini..tidak silap aku,senior-senior cakap..semester ni banyak belajar bab munakahat(pernikahan)..dengar tentang ni,pasti ramai yang tidak sabar-sabar..bagi aku?tidak rasa apa-apa..dengan apa sudah terjadi pada diri aku…

~Astagfirullah..diri nAmpk beriman,tapi masyaALLAH…sanggup mempermainkan sumpah nama ALLAH.ape nak jadi dengan manusia zaman sekarang.insaf,taubat lah.aku 'jijik' pada mereka semacam ini.~


Layak kah jadi pemimpin??aku kasihan siapa yang di “DAKWAH” olehnya..penipu!munafik!pengkhianat!..baguslah..terimalah suatu hari nanti..perit dengan apa yang aku ketahui..sekarang mungkin tengah bahagia..tidak mengapa..kita tidak tahu hari-hari yang kedepan..tidak fikir dengan apa sudah buat pada aku..biar ah,DOSA tanggung masing-masing kan..huhu..


Yang pastinya…aku tidak mahu kehidupan aku menjadi seperti dulu..sekarang,aku mahukan kehidupan yang stabil..yang makin membaik..yang berjalan lancar dengan semua yang aku lakukan..aku pasti BOLEH!!!!! ALLAH kan ada…DIA segala-galanya bagi aku…lantak ah dengan orang-orang SEJAHAT mereka…yang BERLAGAK ilmu penuh di dada..lagak beriman,tidak berasa bersalah buat JAHAT,KIANAT pada orang..tetapi..ah! lucu sekali orang-orang semacam ini..PERGI AH KORANG DENGAN KEPALSUAN,MUNAFIK…dan…BLA..BLA…BLA…


~~YA ALLAH..permudahkan segala urusan ku mahupun DUNIA dan AKHIRAT..aku mahu keredhaan,keberkatan,perlindungan dariMU dari segala segi apa jua yang aku lakukan..diberi kefahaman ketika belajar..dikuatkan ingatan..diberi ketenangan hati,minda,perasaan ku..bersemangat menghadapi sisa-sisa hidup..tabah,cekal,kuat,sabar tiap ujian yang kau berikan padaku..di murahkan rezki..cerahkan masa depanku..dikuatkan iman..buangkan segala sifat mazmumah yang ada pada diriku..masukkan sifat-sifat mahmudah dalam hatiku..dijaga segala pancaindera ku dari segala kemungkaran,maksiat..dijaga hati ku hanya padamu YA ALLAH..~~
-SITI SOLEHAH BINTI ZAIMI AZLAN-


Read more: Tutorial...(Auto Read more Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 23 Disember 2010

CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN

CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN
Syukur ke hadratmu ya ALLAH..telah menunjukkan kebenaran..kepastian..kepadaku hamba yang lemah dan hina inie..kini,dengan segala penjelasan..hati ku,jiwa ku,minda ku kini berasa lebih tenteram..tenang..syukur..moga,selepas ini..kehidupan ku akan bertambah baik dan sentiasa dalam rahmat,berkat,lindungan dariMU..amin.
Setelah ketidakwarasan fikiran ku mendapat pelbagai berita demi berita entah tidak tahu hujung pangkal,akhirnya..ku temui petunjuk dariNYA..walaupun penantian merupakan penyeksaan buat diri ku! Untuk ketahui perkara yang sebenar..lucu bila di fikirkan kembali apa yang terjadi pada diriku akibat “berita” yang membuat kehidupan ku tidak terurus hampir enam bulan..bila difikirkan kembali,ada baiknya aku di uji sedemikian..membuatkan diriku,jadi seperti orang baru sahaja..bertambah kuat,tabah,cekal..
Pertama sekali,ku ingin mengucap beribu-ribu kemaafan n sejuta TERIMA KASIH,buat insan “teristimewa” yang pernah hadir dalam hidupku..aku tahu,dirinya pasti sedang menziarahi blog ku kini..dia telah banyak mengajar ku erti kehidupan..banyak melatih,menguji aku dalam banyak perkara..adakah aku sabar,kuat menghadapi..bagaimana cara selesaikan masalah itu,ini..bagi ku,dia LAIN DARI YANG LAIN..TERIMA KASIH.
(kata ringkas darinya…)
“kita akan bincang..dan pastinya..tak kan menyalahkan.”
“terkadang,ada perkara yang kita harus terima,redha. Ada hikmahnya kejadian ini..kena terima..keputusan yang buat ini,ada kebaikan bersama..adakalanya,musibah ini menjadikan kita lebih baik..jangan putuskan ukhwah,kerana ia lebih berharga dari cinta.”
“bukalah mata hati kembali..tidak akan memarahi..kerana,kejadian ini adalah dari salah faham antara kita..ingin tahu apa yang terjadi,bukalah mata hati,tenangkan jiwa,muhasabahlah diri..hidup lah seperti biasa,ceria dan gembira.tenangkan fikiran…”
Kejadian yang menimpa aku selama nie..rupa-rupanya sudah di rancang oleh nya..SEMUA REKAAN SEMATA-MATA..syukur,alhamdulillah..tapi,agak-agak la nak uji aku sampai macam tue sekali..teruk rasenya!!!adeh..padan juga la kena macam tue..sape suruh tak dengar cakap..ingat pesan dia..hehe..
Sepanjang “berita rekaan” yang aku terima..aku tidak henti-henti menyiasat..lagaknya macam CSI ke FBI..haha..biar lah hati ku sakit ka,kena kata ka..yang penting aku hendak tahu HAL SEBENAR..KEBENARAN..PENJELASAN..disebalik semua ini..! mana tidaknya,yang aku kenal dia bukan seperti itu..tapi kenape berita yang aku dengar seperti ini..sape pihak yang benar nih!?..tak akan dia seperti ini..?kenapa sanggup buat aku seperti ini..?..pelbagai persoalan muncul di fikiranku..fikir itu,fikir ini
macam apa ja aku rasa! Tekanan jiwa,mental…huhu..kebanyakan soalan, “KENAPA???”…haish..semua orang jadi mangsa pertanyaan ku..hee..kesian..tapi sape suruh semua nya jadi “pelakon-pelakon” yang tak popular  yang di arah oleh “pengarah” entah filem dari mana gamaknya..geram betul aku masa tuh..masa tue,aku rasakan,semua bersepakat! Tergamak!! tidak mahu menolong aku!!
Rupanya..dia tidak mahu aku menduakan cinta kepadaNYA. Fikrahnya sekarang kearah DAKWAH..Bagus lah..moga dirinya 
di rahmati,di berkati,di lindungi olehNYA.dipermudahkan segala urusan…diberi kesihatan yang baik..tabah,cekal,kuat,sabar hadapi tiap ujian yang mendatang.di murahkan rezki selalu..dipanjangkan umur..berjaya DUNIA dan AKHIRAT.

TERIMA KASIH aku ucapkan pada teman-teman yang banyak mendengar luahan ku..memberi nasihat tika aku sedih..putus semangat dan pelbagai lagi..(umi,adik ku siti arfah,kak zubaidah,k.sharifah-dr.muslimah,fara,asma farhah&kak siti jamaatul saadiah-kwn KUIN)
Kini..aku sudah stabil..dengan penantian penuh kesabaran..dengan tiap penjelasan dari nya..dengan kepastian yang aku dapat..
selepas ini,ape jua ku lakukan,aku ingin mendapat keredhaan dariNYA..biar hati ku kini di “pegang,di jaga” olehNYA.moga segala pancaindera ku di kuatkan iman,di hindar segala kemaksiatan,kemungkaran…apepun,setiap orang pasti melakukan kekhilafan..


Di sini,aku mahu berkongsi dengan teman semua yang menziarahi blog ku yang tidak seberapa ini..tentang artiel ini..aku mengambilnya sebagai panduan di atas “masalah” yang aku hadapi ini..supaya mengambil ikhtibar,panduan,solusi di atas apa jua masalah yang diterima..








SOLUSI ISU 26
“CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN”
SYIAR
Dr.Abd.Basit Abd.Rahman(abu anas madani)
LULUSAN ijazah B.A(Syariah),M.A(Syariah) dan PhD(Syariah) dari Universiti Islam Madinah,kini pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra,Kelantan (KIAS) dan Musyrif(Penasihat) Pondok Sungai Durian,Kuala Krai,Kelantan. www.abuanasmadani.com

Segala puji untuk ALLAH S.W.T yang telah mengarahkan umatNYA agar sentiasa bertathabbut(mencari kepastian) dan bertabayyun(meminta penjelasan) serta berhati-hati dalam membuat keputusan atau melemparkan tuduhan.
Hal ini kerana bersikap gopoh akan mengundang padah yang bukan sedikit kesan dan bahayanya,akan membawa kepada kesilapan dan keterpesongan dari segenap segi.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya,yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(Surah al-Hujurat 49:6)
Imam Ibn Kathir berkata dalam kitabnya: “ALLAH S.W.T mengarahkan agar berhati-hati menerima khabar berita yang dibawa oleh orang fasiq untuk mengelak daripada terpedaya dengan percakapannya,agar tidak menjatuhkan hukum berpandukan laporan tersebut,sedangkan boleh jadi dia berdusta. Maka menjatuhkan hukuman dengan maklumat itu telah menjadikan kita mengikut sesuatu yang salah,sedangkan ALLAH S.W.T telah menegah daripada mengikut jalan mufsidin(orang yang melakukan kerosakan dan kebinasaan).”

PASTIKAN KESASIHAN

Para mufasirin(ahli tafsir) menyebut ayat di atas diturunkan sempena peristiwa yang berlaku kepada al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu’ait r.a yang diutus oleh Rasulullah s.a.w untuk memungut zakat daripada Bani al-Mustaliq.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa al-Harith bin Dirar al-Khuza’i,bapa kepada Ummul Mukminin Juwairiyah r.h.a bercerita: “Aku datang menemui Rasulullah s.a.w kemudian Baginda menyeruku kepada Islam ada dan aku menerimanya serta berpegang teguh dengannya. Baginda juga mengajarku tentang zakat dan aku menerima hukumnya. Kemudian aku memohon kepada Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kaumku untuk menyeru mereka kepada Islam dan supaya menunaikan zakat. Kami juga telah berjanji akan mengumpul zakat yang dibayar oleh mereka yang menerima Islam dan Baginda s.a.w akan menghantar seorang utusan pada waktu tertentu untuk memungut zakat tersebut.”

Al-Harith berhasil mengumpulkan banyak wang zakat daripada kaumnya,dan tibalah waktu yang dijanjikan untuk Rasulullah s.a.w menghantar utusan,namun utusan yang ditunggu itu tidak kunjung tiba!

Setelah beberapa lama,akhirnya al-Harith membuat kesimpulan bahawa ALLAH dan RasulNYA mungkin telah murka kepadanya,lalu dia memanggil beberapa orang daripada pemimpin kaumnya dan berkata: “Sesungguhnya aku telah berjanji dengan Rasulullah s.a.w,bahawa pada waktu sekian-sekian,Baginda akan menghantar seorang utusan untuk memungut zakat yang aku kumpulkan daripada kamu,sedangkan Baginda bukan seorang yang akan memungkiri janjinya. Maka aku berpendapat tiada apa yang akan menghalang utusan tersebut kecuali kemurkaan Baginda! Maka marilah kamu semua mengikutku untuk menghadap Rasulullah s.a.w!”

Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah mengutus al-Walid bin Uqbah kepada al-Harith pada waktu yang telah dijanjikan itu. Tetapi apabila sampai separuh jalan dia telah berpatah balik-kerana takut-lalu kembali menemui Rasulullah s.a.w. Sebaliknya dia mengadu bahawa dia telah tiba ke tempat al-Harith,tetapi al-Harith enggan menyerahkan zakat tersebut,bahkan ingin membunuhnya pula! Rasulullah s.a.w sangat marah lalu menghantar satu pasukan tentera ke tempat al-Harith.

Manakala al-Harith dan rombongannya dalam perjalanan ke Madinah sehingga mereka bertembung dengan pasukan tadi. Mereka saling mengenali dan al-Harith bertanya apa tujuan mereka. Mereka memberitahu bahawa mereka dihantar kerana beliau enggan menyerahkan zakat-zakat yang dikumpul dan ingin membunuh al-Walid bin Uqbah yang diutus mereka.
Al-Harith lalu berkat: “Tidak,demi ALLAH yang mengutuskan Nabi Muhammad dengan kebenaran,aku tidak pun bertemu dengannya dan dia tidak pun datang kepadaku!”

Akhirnya al-Harith bertemu dengan Rasulullah s.a.w,Baginda bersabda yang bermaksud: “Engkau enggan menyerahkan zakat dan ingin membunuh utusanku?”

Al-Harith menjawab sebagaimana tadi: “Tidak,demi ALLAH yang mengutuskan tuan dengan kebenaran,aku tidak pun bertemu dengannya dan dia tidak pun datang kepadaku! Dan aku berpendapat tiada apa yang akan menghalang utusan Rasulullah s.a.w,kecuali ALLAH dan RasulNYA telah murka kepadaku!” Maka turunlah ayat 6 daripada surah al-Hujurat ini.

ADAB ORANG BERIMU

Berkata Syeikh Abd.Rahman al-Sa’adi: Daripada ayat ini juga kita dapati pengajaran tentang adab-adab bagi ulul albab(orang yang berilmu),mereka mengamalkan sifat berhati-hati dan teliti. Apabila tiba kepada mereka khabar atau satu berita yang meragukan,mereka tidak terus mengambilnya bulat-bulat kerana ia boleh mengundang bahaya besar yang membawa kepada dosa.”
“Jika khabar itu dijadikan satu sandaran atau dalil dalam menghukum tanpa asas,seolah-olah ia suatu khabar yang benar,maka ia akan membawa kerosakan dan fasad dalam segenap sudut,jiwa,harta,ukhwah,maruah,peribadi dan segalanya.”

Bahkan,bagi setiap berita atau cerita yang kita dengar,wajib kita meminta pengesahan daripada tuannya,jika dia masih hidup. Jika ia sudah tiada lagi(contohnya pengarang-pengarang kitab lama) mestilah kita mencari orang yang dekat dengannya,yang memahami apa yang dimaksudkannya itu,bukan dengan bertanya atau meminta pendapat daripada musuh atau seteru yang memang kita ketahui memusuhi dan membencinya! Jika tidak sedemikian,kita akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka secara zalim dan jauh daripada keadilan(insof).

JANGAN TERBURU-BURU

Ayat kedua mengarahkan agar berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman,iaitu firmanNYA yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,apabila kamu pergi(berperang) di jalan ALLAH,maka berhati-hati dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu(orang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah),’Kamu bukan seorang Mukmin’ (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia kerana di sisi ALLAH ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu,lalu ALLAH S.W.T menganugerahkan nikmatNYA atas kamu,maka telitilah(tabayyanu).” (Surah al-Nisa’ 4:94)

Imam Ibn Kathir meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a: “Rasulullah s.a.w. telah menghantar sepasukan tentera kepada satu kaum,dan al-Miqdad bin al-Aswad r.a juga turut serta dalam pasukan ini. Apabila mereka tiba di tempat itu,mereka dapati kesemua penduduknya lari bersembunyi kecuali seorang lelaki yang mempunyai harta yang banyak. Dia tidak melarikan diri bahkan mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menunjukkan keislamannya. Tetapi al-Miqdad menyerbu lalu terus membunuhnya!”

Para sahabat berkata: “Kamu telah membunuh seorang lelaki yang mengucap dua kalimah syahadah? Demi ALLAH aku akan menceritakan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.”

Sekembalinya kepada Rasulullah s.a.w,mereka pun menceritakan peristiwa itu. Rasulullah s.a.w lalu memanggil al-Miqdad dan bersabda yang bermaksud: “Wahai Miqdad! Kamu telah membunuh seorang lelaki yang telah mengucapkan kalimah ‘La ilaha illallah’. Bagaimanakah kamu akan menghadapinya pada hari kiamat kelak?”

Maka turunlah firman ALLAH S.W.T ayat 94,surah al-Nisa’ ini.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi kepada al-Miqdad: “Lelaki itu adalah seorang Mukmin yang menyembunyikan imannya daripada kaumnya yang kafir,dan ketika dia menzahirkan imannya,kamu telah membunuhnya. Ia adalah sebagaimana kamu menyembunyikan keimanan kamu semasa di Makkah dulu.” (Riwayat al-Bazzar no.2202,kata al-Haithami sanadnya baik)

Syeikh al-Sa’adi berkata: “ALLAH S.W.T memerintahkan hambaNYA yang beriman apabila keluar berjihad fi sabilillah dan menuntut keredhaan ALLAH,hendaklah sentiasa meminta penjelasan dan mencari kepastian dalam semua perkara yang tidak jelas.”
“Ini kerana setiap perkara itu terbahagi kepada dua keadaan,jelas atau tidak jelas. Yang jelas dan terang tidak perlu lagi kita meminta penjelasannya,sebaliknya yang tidak jelas perlu kepada kepastian dan penjelasan,supaya memastikan apakah tindakan yang wajar seterusnya.”

“Mendapatkan kepastian dalam setiap perkara mempunyai banyak faedah dan dapat mengelakkan kesilapan tindakan. Hal ini berbeza dengan sikap gopoh dalam sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya. Sebagaimana berlaku kepada golongan yang telah ditegur oleh ALLAH dalam ayat di atas.”

BAGAIMANA MENCARI KEPASTIAN DAN MEMINTA PENJELASAN?

Maksud “al-tabayyun” (meminta penjelasan) ialah mengetahui,memahami,tidak gopoh sehingga benar-benar mengetahui serta jelas keadaannya. Ini boleh berlaku dalam dua kategori,naqli orang yang memindahkan dan al-manqul maklumat yang disampaikan.

Mengenali naqli,hendaklah meneliti kebenaran orang yang membawa berita dan dia jauh daripada sifat-sifat yang tidak baik. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sejahat-jahat tunggangan (alat yang menyampaikan kehendak) seseorang itu ialah perkataan za’amu(agak-agak,sangkaan).” (Riwayat Imam Ahmad no.17075 dan Abu Daud no.4972)

Menurut Ibn Battal: “Maksud hadis ini ialah mereka yang banyak berkata dengan perkara yang tidak dipastikan kebenarannya dan tidak terjamin bahawa dia tidak berdusta.” (Fath al-Bari)
Ibn Taimiyah berkata: Sesiapa yang ingin memetik kata-kata atau pendapat seseorang atau kumpulan tertentu,hendaklah dia menamakan orang yang berkata serta orang yang memindahkan cakapnya,jika tidak semua orang boleh berbuat dusta.” (Minhaj al-Sunnah,jil.2,halaman 413)

Adapun mengenai al-manqul,iaitu maklumat yang disampaikan,penerima berita hendaklah menjadi pengkritik yang teliti dan pasti bahawa fakta yang disampaikan itu boleh diterima atau tidak. Ini jelas melalui cara memahami percakapan orang yang berkata-kata serta mengetahui hakikat maksudnya.
Demikianlah ajaran Islam sangat jelas dan terperinci dalam perkara yang amat sensetif dan halus ini. Malangnya apa yang berlaku sekarang ialah percakapan kita banyak menggunakan andaian,agakan,telahan atau menggunakan bahasa yang boleh mengelak diri daripada pertanggungjawaban. Contohnya,seperti “saya difahamkan”, “menurut kajian rambang” atau “analisa secara umum” dan sebagainya,yang cuba menghalalkan perbuatan yang dicela oleh syarak ini.
Justeru,janganlah kita menyalahgunakan kemudahan Internet hari ini seperti e-mel,Facebook dan lain-lain dengan pelbagai cara seperti “tagging,forward,share” dan sebagainya tanpa memastikan sumber dan kesahihannya. Kemudahan di hujung jari ini boleh membawa malapetaka dan perpecahan yang amat besar jika tidak berhati-hati dan teliti iaitu dengan tathabbut(mencari kepastian) dan tabayyun(meminta penjelasan). Setiap perbuatan kita walaupun nampak kecil dan ringan,tetap diambil kira di sisi ALLAH S.W.T. Wallahu a’alam.
SUMBER:
1.    Tafsir al-Quran al-‘Azim,Imam Ibn Kathir.
2.    Tafsir al-Karim al-rahman,Sheikh Ab.Rahman al-Sa’di.
Qawa’id al-Ta’amul ma’a al-Mukhalif,Dr.Hani Abdullah Al-Jubair, http://islamtoday.net/



“Ramai orang yang berbakat dan pandai terkandas di tengah jalan perjalanan kerana kurangnya keberanian,kemahuan dan keyakinan.
-MUTIARA HIKMAH.”



“Tidak akan ada kesihatan bagi orang yang selalu sedih dan susah.
-pepatah.”







Read more: Tutorial...(Auto Read more Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...