Read more: Tutorial...(Auto Readmore Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

~~PENAWAR HATI~~

“Ya Allah, ketika diri ini dilambung onak kesusahan dan kesempitan, kau lapangkan dan tabahkanlah hati ini menghadapinya. Janganlah Engkau jadikan diriku ini hambaMu yang berpaling dariMu ketika saat Kau menguji diri ini.Ya Allah, kau berikanlah kekuatan dan kurniakanlah kesabaran di jalanMu.”

Seeru ‘ala Barakatillah.

Pengikut

Khamis, 23 Disember 2010

CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN

CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN
Syukur ke hadratmu ya ALLAH..telah menunjukkan kebenaran..kepastian..kepadaku hamba yang lemah dan hina inie..kini,dengan segala penjelasan..hati ku,jiwa ku,minda ku kini berasa lebih tenteram..tenang..syukur..moga,selepas ini..kehidupan ku akan bertambah baik dan sentiasa dalam rahmat,berkat,lindungan dariMU..amin.
Setelah ketidakwarasan fikiran ku mendapat pelbagai berita demi berita entah tidak tahu hujung pangkal,akhirnya..ku temui petunjuk dariNYA..walaupun penantian merupakan penyeksaan buat diri ku! Untuk ketahui perkara yang sebenar..lucu bila di fikirkan kembali apa yang terjadi pada diriku akibat “berita” yang membuat kehidupan ku tidak terurus hampir enam bulan..bila difikirkan kembali,ada baiknya aku di uji sedemikian..membuatkan diriku,jadi seperti orang baru sahaja..bertambah kuat,tabah,cekal..
Pertama sekali,ku ingin mengucap beribu-ribu kemaafan n sejuta TERIMA KASIH,buat insan “teristimewa” yang pernah hadir dalam hidupku..aku tahu,dirinya pasti sedang menziarahi blog ku kini..dia telah banyak mengajar ku erti kehidupan..banyak melatih,menguji aku dalam banyak perkara..adakah aku sabar,kuat menghadapi..bagaimana cara selesaikan masalah itu,ini..bagi ku,dia LAIN DARI YANG LAIN..TERIMA KASIH.
(kata ringkas darinya…)
“kita akan bincang..dan pastinya..tak kan menyalahkan.”
“terkadang,ada perkara yang kita harus terima,redha. Ada hikmahnya kejadian ini..kena terima..keputusan yang buat ini,ada kebaikan bersama..adakalanya,musibah ini menjadikan kita lebih baik..jangan putuskan ukhwah,kerana ia lebih berharga dari cinta.”
“bukalah mata hati kembali..tidak akan memarahi..kerana,kejadian ini adalah dari salah faham antara kita..ingin tahu apa yang terjadi,bukalah mata hati,tenangkan jiwa,muhasabahlah diri..hidup lah seperti biasa,ceria dan gembira.tenangkan fikiran…”
Kejadian yang menimpa aku selama nie..rupa-rupanya sudah di rancang oleh nya..SEMUA REKAAN SEMATA-MATA..syukur,alhamdulillah..tapi,agak-agak la nak uji aku sampai macam tue sekali..teruk rasenya!!!adeh..padan juga la kena macam tue..sape suruh tak dengar cakap..ingat pesan dia..hehe..
Sepanjang “berita rekaan” yang aku terima..aku tidak henti-henti menyiasat..lagaknya macam CSI ke FBI..haha..biar lah hati ku sakit ka,kena kata ka..yang penting aku hendak tahu HAL SEBENAR..KEBENARAN..PENJELASAN..disebalik semua ini..! mana tidaknya,yang aku kenal dia bukan seperti itu..tapi kenape berita yang aku dengar seperti ini..sape pihak yang benar nih!?..tak akan dia seperti ini..?kenapa sanggup buat aku seperti ini..?..pelbagai persoalan muncul di fikiranku..fikir itu,fikir ini
macam apa ja aku rasa! Tekanan jiwa,mental…huhu..kebanyakan soalan, “KENAPA???”…haish..semua orang jadi mangsa pertanyaan ku..hee..kesian..tapi sape suruh semua nya jadi “pelakon-pelakon” yang tak popular  yang di arah oleh “pengarah” entah filem dari mana gamaknya..geram betul aku masa tuh..masa tue,aku rasakan,semua bersepakat! Tergamak!! tidak mahu menolong aku!!
Rupanya..dia tidak mahu aku menduakan cinta kepadaNYA. Fikrahnya sekarang kearah DAKWAH..Bagus lah..moga dirinya 
di rahmati,di berkati,di lindungi olehNYA.dipermudahkan segala urusan…diberi kesihatan yang baik..tabah,cekal,kuat,sabar hadapi tiap ujian yang mendatang.di murahkan rezki selalu..dipanjangkan umur..berjaya DUNIA dan AKHIRAT.

TERIMA KASIH aku ucapkan pada teman-teman yang banyak mendengar luahan ku..memberi nasihat tika aku sedih..putus semangat dan pelbagai lagi..(umi,adik ku siti arfah,kak zubaidah,k.sharifah-dr.muslimah,fara,asma farhah&kak siti jamaatul saadiah-kwn KUIN)
Kini..aku sudah stabil..dengan penantian penuh kesabaran..dengan tiap penjelasan dari nya..dengan kepastian yang aku dapat..
selepas ini,ape jua ku lakukan,aku ingin mendapat keredhaan dariNYA..biar hati ku kini di “pegang,di jaga” olehNYA.moga segala pancaindera ku di kuatkan iman,di hindar segala kemaksiatan,kemungkaran…apepun,setiap orang pasti melakukan kekhilafan..


Di sini,aku mahu berkongsi dengan teman semua yang menziarahi blog ku yang tidak seberapa ini..tentang artiel ini..aku mengambilnya sebagai panduan di atas “masalah” yang aku hadapi ini..supaya mengambil ikhtibar,panduan,solusi di atas apa jua masalah yang diterima..








SOLUSI ISU 26
“CARI KEPASTIAN,PINTA PENJELASAN”
SYIAR
Dr.Abd.Basit Abd.Rahman(abu anas madani)
LULUSAN ijazah B.A(Syariah),M.A(Syariah) dan PhD(Syariah) dari Universiti Islam Madinah,kini pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra,Kelantan (KIAS) dan Musyrif(Penasihat) Pondok Sungai Durian,Kuala Krai,Kelantan. www.abuanasmadani.com

Segala puji untuk ALLAH S.W.T yang telah mengarahkan umatNYA agar sentiasa bertathabbut(mencari kepastian) dan bertabayyun(meminta penjelasan) serta berhati-hati dalam membuat keputusan atau melemparkan tuduhan.
Hal ini kerana bersikap gopoh akan mengundang padah yang bukan sedikit kesan dan bahayanya,akan membawa kepada kesilapan dan keterpesongan dari segenap segi.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya,yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(Surah al-Hujurat 49:6)
Imam Ibn Kathir berkata dalam kitabnya: “ALLAH S.W.T mengarahkan agar berhati-hati menerima khabar berita yang dibawa oleh orang fasiq untuk mengelak daripada terpedaya dengan percakapannya,agar tidak menjatuhkan hukum berpandukan laporan tersebut,sedangkan boleh jadi dia berdusta. Maka menjatuhkan hukuman dengan maklumat itu telah menjadikan kita mengikut sesuatu yang salah,sedangkan ALLAH S.W.T telah menegah daripada mengikut jalan mufsidin(orang yang melakukan kerosakan dan kebinasaan).”

PASTIKAN KESASIHAN

Para mufasirin(ahli tafsir) menyebut ayat di atas diturunkan sempena peristiwa yang berlaku kepada al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu’ait r.a yang diutus oleh Rasulullah s.a.w untuk memungut zakat daripada Bani al-Mustaliq.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa al-Harith bin Dirar al-Khuza’i,bapa kepada Ummul Mukminin Juwairiyah r.h.a bercerita: “Aku datang menemui Rasulullah s.a.w kemudian Baginda menyeruku kepada Islam ada dan aku menerimanya serta berpegang teguh dengannya. Baginda juga mengajarku tentang zakat dan aku menerima hukumnya. Kemudian aku memohon kepada Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kaumku untuk menyeru mereka kepada Islam dan supaya menunaikan zakat. Kami juga telah berjanji akan mengumpul zakat yang dibayar oleh mereka yang menerima Islam dan Baginda s.a.w akan menghantar seorang utusan pada waktu tertentu untuk memungut zakat tersebut.”

Al-Harith berhasil mengumpulkan banyak wang zakat daripada kaumnya,dan tibalah waktu yang dijanjikan untuk Rasulullah s.a.w menghantar utusan,namun utusan yang ditunggu itu tidak kunjung tiba!

Setelah beberapa lama,akhirnya al-Harith membuat kesimpulan bahawa ALLAH dan RasulNYA mungkin telah murka kepadanya,lalu dia memanggil beberapa orang daripada pemimpin kaumnya dan berkata: “Sesungguhnya aku telah berjanji dengan Rasulullah s.a.w,bahawa pada waktu sekian-sekian,Baginda akan menghantar seorang utusan untuk memungut zakat yang aku kumpulkan daripada kamu,sedangkan Baginda bukan seorang yang akan memungkiri janjinya. Maka aku berpendapat tiada apa yang akan menghalang utusan tersebut kecuali kemurkaan Baginda! Maka marilah kamu semua mengikutku untuk menghadap Rasulullah s.a.w!”

Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah mengutus al-Walid bin Uqbah kepada al-Harith pada waktu yang telah dijanjikan itu. Tetapi apabila sampai separuh jalan dia telah berpatah balik-kerana takut-lalu kembali menemui Rasulullah s.a.w. Sebaliknya dia mengadu bahawa dia telah tiba ke tempat al-Harith,tetapi al-Harith enggan menyerahkan zakat tersebut,bahkan ingin membunuhnya pula! Rasulullah s.a.w sangat marah lalu menghantar satu pasukan tentera ke tempat al-Harith.

Manakala al-Harith dan rombongannya dalam perjalanan ke Madinah sehingga mereka bertembung dengan pasukan tadi. Mereka saling mengenali dan al-Harith bertanya apa tujuan mereka. Mereka memberitahu bahawa mereka dihantar kerana beliau enggan menyerahkan zakat-zakat yang dikumpul dan ingin membunuh al-Walid bin Uqbah yang diutus mereka.
Al-Harith lalu berkat: “Tidak,demi ALLAH yang mengutuskan Nabi Muhammad dengan kebenaran,aku tidak pun bertemu dengannya dan dia tidak pun datang kepadaku!”

Akhirnya al-Harith bertemu dengan Rasulullah s.a.w,Baginda bersabda yang bermaksud: “Engkau enggan menyerahkan zakat dan ingin membunuh utusanku?”

Al-Harith menjawab sebagaimana tadi: “Tidak,demi ALLAH yang mengutuskan tuan dengan kebenaran,aku tidak pun bertemu dengannya dan dia tidak pun datang kepadaku! Dan aku berpendapat tiada apa yang akan menghalang utusan Rasulullah s.a.w,kecuali ALLAH dan RasulNYA telah murka kepadaku!” Maka turunlah ayat 6 daripada surah al-Hujurat ini.

ADAB ORANG BERIMU

Berkata Syeikh Abd.Rahman al-Sa’adi: Daripada ayat ini juga kita dapati pengajaran tentang adab-adab bagi ulul albab(orang yang berilmu),mereka mengamalkan sifat berhati-hati dan teliti. Apabila tiba kepada mereka khabar atau satu berita yang meragukan,mereka tidak terus mengambilnya bulat-bulat kerana ia boleh mengundang bahaya besar yang membawa kepada dosa.”
“Jika khabar itu dijadikan satu sandaran atau dalil dalam menghukum tanpa asas,seolah-olah ia suatu khabar yang benar,maka ia akan membawa kerosakan dan fasad dalam segenap sudut,jiwa,harta,ukhwah,maruah,peribadi dan segalanya.”

Bahkan,bagi setiap berita atau cerita yang kita dengar,wajib kita meminta pengesahan daripada tuannya,jika dia masih hidup. Jika ia sudah tiada lagi(contohnya pengarang-pengarang kitab lama) mestilah kita mencari orang yang dekat dengannya,yang memahami apa yang dimaksudkannya itu,bukan dengan bertanya atau meminta pendapat daripada musuh atau seteru yang memang kita ketahui memusuhi dan membencinya! Jika tidak sedemikian,kita akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka secara zalim dan jauh daripada keadilan(insof).

JANGAN TERBURU-BURU

Ayat kedua mengarahkan agar berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman,iaitu firmanNYA yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,apabila kamu pergi(berperang) di jalan ALLAH,maka berhati-hati dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu(orang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah),’Kamu bukan seorang Mukmin’ (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia kerana di sisi ALLAH ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu,lalu ALLAH S.W.T menganugerahkan nikmatNYA atas kamu,maka telitilah(tabayyanu).” (Surah al-Nisa’ 4:94)

Imam Ibn Kathir meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a: “Rasulullah s.a.w. telah menghantar sepasukan tentera kepada satu kaum,dan al-Miqdad bin al-Aswad r.a juga turut serta dalam pasukan ini. Apabila mereka tiba di tempat itu,mereka dapati kesemua penduduknya lari bersembunyi kecuali seorang lelaki yang mempunyai harta yang banyak. Dia tidak melarikan diri bahkan mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menunjukkan keislamannya. Tetapi al-Miqdad menyerbu lalu terus membunuhnya!”

Para sahabat berkata: “Kamu telah membunuh seorang lelaki yang mengucap dua kalimah syahadah? Demi ALLAH aku akan menceritakan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.”

Sekembalinya kepada Rasulullah s.a.w,mereka pun menceritakan peristiwa itu. Rasulullah s.a.w lalu memanggil al-Miqdad dan bersabda yang bermaksud: “Wahai Miqdad! Kamu telah membunuh seorang lelaki yang telah mengucapkan kalimah ‘La ilaha illallah’. Bagaimanakah kamu akan menghadapinya pada hari kiamat kelak?”

Maka turunlah firman ALLAH S.W.T ayat 94,surah al-Nisa’ ini.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi kepada al-Miqdad: “Lelaki itu adalah seorang Mukmin yang menyembunyikan imannya daripada kaumnya yang kafir,dan ketika dia menzahirkan imannya,kamu telah membunuhnya. Ia adalah sebagaimana kamu menyembunyikan keimanan kamu semasa di Makkah dulu.” (Riwayat al-Bazzar no.2202,kata al-Haithami sanadnya baik)

Syeikh al-Sa’adi berkata: “ALLAH S.W.T memerintahkan hambaNYA yang beriman apabila keluar berjihad fi sabilillah dan menuntut keredhaan ALLAH,hendaklah sentiasa meminta penjelasan dan mencari kepastian dalam semua perkara yang tidak jelas.”
“Ini kerana setiap perkara itu terbahagi kepada dua keadaan,jelas atau tidak jelas. Yang jelas dan terang tidak perlu lagi kita meminta penjelasannya,sebaliknya yang tidak jelas perlu kepada kepastian dan penjelasan,supaya memastikan apakah tindakan yang wajar seterusnya.”

“Mendapatkan kepastian dalam setiap perkara mempunyai banyak faedah dan dapat mengelakkan kesilapan tindakan. Hal ini berbeza dengan sikap gopoh dalam sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya. Sebagaimana berlaku kepada golongan yang telah ditegur oleh ALLAH dalam ayat di atas.”

BAGAIMANA MENCARI KEPASTIAN DAN MEMINTA PENJELASAN?

Maksud “al-tabayyun” (meminta penjelasan) ialah mengetahui,memahami,tidak gopoh sehingga benar-benar mengetahui serta jelas keadaannya. Ini boleh berlaku dalam dua kategori,naqli orang yang memindahkan dan al-manqul maklumat yang disampaikan.

Mengenali naqli,hendaklah meneliti kebenaran orang yang membawa berita dan dia jauh daripada sifat-sifat yang tidak baik. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sejahat-jahat tunggangan (alat yang menyampaikan kehendak) seseorang itu ialah perkataan za’amu(agak-agak,sangkaan).” (Riwayat Imam Ahmad no.17075 dan Abu Daud no.4972)

Menurut Ibn Battal: “Maksud hadis ini ialah mereka yang banyak berkata dengan perkara yang tidak dipastikan kebenarannya dan tidak terjamin bahawa dia tidak berdusta.” (Fath al-Bari)
Ibn Taimiyah berkata: Sesiapa yang ingin memetik kata-kata atau pendapat seseorang atau kumpulan tertentu,hendaklah dia menamakan orang yang berkata serta orang yang memindahkan cakapnya,jika tidak semua orang boleh berbuat dusta.” (Minhaj al-Sunnah,jil.2,halaman 413)

Adapun mengenai al-manqul,iaitu maklumat yang disampaikan,penerima berita hendaklah menjadi pengkritik yang teliti dan pasti bahawa fakta yang disampaikan itu boleh diterima atau tidak. Ini jelas melalui cara memahami percakapan orang yang berkata-kata serta mengetahui hakikat maksudnya.
Demikianlah ajaran Islam sangat jelas dan terperinci dalam perkara yang amat sensetif dan halus ini. Malangnya apa yang berlaku sekarang ialah percakapan kita banyak menggunakan andaian,agakan,telahan atau menggunakan bahasa yang boleh mengelak diri daripada pertanggungjawaban. Contohnya,seperti “saya difahamkan”, “menurut kajian rambang” atau “analisa secara umum” dan sebagainya,yang cuba menghalalkan perbuatan yang dicela oleh syarak ini.
Justeru,janganlah kita menyalahgunakan kemudahan Internet hari ini seperti e-mel,Facebook dan lain-lain dengan pelbagai cara seperti “tagging,forward,share” dan sebagainya tanpa memastikan sumber dan kesahihannya. Kemudahan di hujung jari ini boleh membawa malapetaka dan perpecahan yang amat besar jika tidak berhati-hati dan teliti iaitu dengan tathabbut(mencari kepastian) dan tabayyun(meminta penjelasan). Setiap perbuatan kita walaupun nampak kecil dan ringan,tetap diambil kira di sisi ALLAH S.W.T. Wallahu a’alam.
SUMBER:
1.    Tafsir al-Quran al-‘Azim,Imam Ibn Kathir.
2.    Tafsir al-Karim al-rahman,Sheikh Ab.Rahman al-Sa’di.
Qawa’id al-Ta’amul ma’a al-Mukhalif,Dr.Hani Abdullah Al-Jubair, http://islamtoday.net/



“Ramai orang yang berbakat dan pandai terkandas di tengah jalan perjalanan kerana kurangnya keberanian,kemahuan dan keyakinan.
-MUTIARA HIKMAH.”



“Tidak akan ada kesihatan bagi orang yang selalu sedih dan susah.
-pepatah.”







Read more: Tutorial...(Auto Read more Di setiap Post) Under Creative Commons License: Attribution

1 ulasan:

SITI SOLEHAH berkata...

alhamdulillah..syukur..semuanya sudah terungkap..syukur padaMU..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...